Tuesday, December 30, 2008

Irdina nak masuk tadika

Salam tahun baru...

Lamanya Puan Kayangan menyepikan diri..nak kata sibuk tender tak jugak. Sibuk apa ek..jeng..jeng..jeng...
Sibuk mengupdate ilmu dlam internet nie...Selama nie asyik buattender tak sempat nak membaca teknologi baru masa sekarang. sian puan kayangan kan..

Pagi tadi pergi tadika register Irdina 4 tahun. Macam terlalu awal nak masukkan dia ke sekolah tadika. Tapi since cikgu dia cakap ada kelas khas unt budak 4 tahun dan tadika nie macam play school...so..register jer la. Nie gambar tgh try saiz baju..Syiok betul Irdina. Senyum senyum malu lagi...siap isap jari...happy la tu.

Tadika Cahayaku Iman nie ada menyediakan kelas computer, kelas abacus (Sengkua), sukaneka, lawatan, kelas Qiraati (Iqra'), apa lagi ek dlm borang tu ek....tak igt la pulak.

Dengar jer ada lawatan...takut la plak. Siap tanya cikgu tadika, boleh ker nak handle budak2 ramai nie klu nak buat lawatan. Kang ada yang tertinggal..mak mana tak risau kan. Silap-silap mama ambik cuti join pi lawatan. Sayangnya mama kat anak mama nie...

Sukan..hmm macam best jer. Cikgu tadika tu cakap , nnt sukaneka, mak bapak pun kena bersukan. Nie yang best nie...tak sabar mama nak tunggu hari sukaneka..Mama irdina nie dulu pernah jadik olahragawati tau. Bukan saja wakil rumah sukan, wakil sekolah & wakil negari lagi..
Nie tgh posing ngan baju sukan. Oren lagi..leh la mama & abah pakai t-shirt technitium. Oren gak.. (isap jari gak tu...malu !!)

Then, lepas kelas tadika, petang masuk la kelas transit..kelas transit nie macam taska la. Dia mandikan, bagi makan, bagi tidur & petang dia akan bantu siapkan latihan / kerja sekolah la kot. Nie cikgu lain pulak. So that balik rumah, tak payah la tidor lewat nak siapkan kerja sekolah or latihan.

Elok la jugak since mama & abah kul 8 baru sampai rumah, then nak kemas meja makan, nak makan malam...nak tengok berita lagi..tak payah fikir hal kerja sekolah. So that malam tu blh buat sessi sembang2 ngan anak2 mama...


Malam nie mama nak cuci baju sekolah baru Irdina..nak kena beli lagi sepasang la. Satu jer cikgu nie kasi. Mana cukup kan.

OK la...Selamat tahun baru kawan-kawan...Semoga tahun ini akan menjadikan kita lebih sempurna. Amin...

Monday, December 1, 2008

Ariani vs Hajaba vs SriMunawwarah

A-ha....Semenjak dua menjak kisah Ikin & Mawi meletop nie, ramai plak yang berminat dgn tudung ala-ala Ikin nie. Pelbagai cara, harga & gaya sedang berkembang di luar sana. Butik yang sedang top dengan fesyen ala ikin skrg...Butik Ariani, Butik Hajaba & butik Sri Munawarrah. Pertama kali saya pakai tudung fesyen ala Ikin nie datangnya dari Surabaya. Kawan kat sana yg hadiahkan...best. Memang best bagi ibu yang ada anak kecil dan sentiasa kena bersedia & nak cepat macam saya nie. Tak perlu pakai brooch & iron. Tapi looks very simple la...but then cuba pakai tudung design dari Sri Munawwarah. Mak oii...sedapnya, sejuk dan bentuk muka berubah jadik lebih comel la...means, nampak mcm org Malaysia la sket. I like the cutting. Then Beli anak tudung pendek dari HAJABA, sungguh selesa & terbentuk jer muka. Nampak kurus muka saya. and then the lastest saya cuba dari Butik Ariani, hmm...nie sbb tgk Ikin duta untuk Butik Ariani..so saya pun nak try la jugak..Mmg best.

Kesimpulannya, dlm memilih tudung ala indon or ala Ikin nie, bila di
pakai biar muka nampak kurus padahal badan berisi, kainnya tak payah gosok / iron, owning yg nipis selesa di pakai & tak mengganggu pendengaran, lagi apa ek....menutup dada, tak perlu pakai aksesori keronsang atau pin dan selesaaa... Tak kisah la nak beli kat mana, butik ker, pasar malam ker, Masjid india ker..janji selesa dan cantik saya pakai. Cuba tengok..mana lebih sesuai dengan wajah manis ku ini..ahahhaha