Friday, October 31, 2008


Luqman Al Hadee..Anak ke-2 dari tiga beradik....Di lahirkan di Hospital Naluri , Wangsamaju, Kuala Lumpur pada 02 Disember 2006.

Pantang nampak Bola..mesti nak tendang. Tendangan yang tepat & kuat. Siapa sangka anakku yang diam-diam ini kaki bola. Pantang nampak bola mesti nak . Mainan kat rumah bola saja...mainan yang lain dia tak layan. Slamat duit mama dia.

10 bulan dah pandai tendang bola...nie gambar masa luqman 1 tahun. FSBM buat tournament futsal..apa lagi, usung la satu family pi tengok tournament tu. Huh..tak sangka anakku Luqman enjoy sangat. Selamba jer dia ambik bola reserve dan main sorang2. ciut sangat...ikut jejak atuk Roslan bekas pemain Malaysia thn 80-an, wan Mie bekas jurulatih bola sepak Perlis bawah 18 thn..dan abah tersayang yang mmg player & pengurus bola ANSARA Muar.

Semoga anak mama Luqman menjadi pemain yang berbakat & terhandal satu masa nanti. Jadikan Atuk, Wan & abah sebagai inspirasi Luqman. Mama akan sentiasa memberi sokongan walaupun terpaksa kejar bola yang luqman tendang tu. I love you.

Thursday, October 30, 2008

Cucoq Kodok

Terhingin nak mkn cok kodok...dah semalaman dok mikir nak makan coq kodok. Mana nak cari. Sepanjang perjalanan dr rumah ke opis rasanya tak der org niaga cok kodok. hmm...at last masa lunch tadi singgah beli pisang. Pisang yang dah ghanum...ambik la satu ikat + buah jambu potong....berapa harga nak tau??? ....RM0.80. Betoi ker 80 sen nie?? Dua kali tanya. Dia kata iyer dik..skali ngan buah potong 80 sen. Macam tak percaya..Murah tu...rezeki..rezeki..
So..skrg dah ready resipi..nak tau apa resipi & cara buatnya...mai sini cek habaq sket2..

Bahan-bahannya :-
Pisang yang dah ghanum..nak sedap pisang emas
Tepung Gandum
Gula
Garam
Minyak
Air Masak

Cara-cara :
Pisang di blender hingga lumat
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau rata
Bila adunan ala-ala melekat kat jari tu...
then masukkan secubit garam...adun sebati
Kalau nak cok kodok kembang tak perlu masukkan baking powder, petuanya pukul kuat2 dengan tangan...sampai buunyi kelupap..kelupap...dan kembang
Kalau Pisang mas tak perlu masukkan gula sbb dah pisang mas dah manis. Kalau pisang lain, masukkan gula skali ngan garam.
panaskan minyak. apa lagi..bila minyak dah panas, jemput dgn jari jemari. Baru bulat.
Petua nak bulat & canti...sentiasa kacau & balikkan cok kodok dlm kuali tu. baru color dia sebati & bulat.

Selamat mencuba !!

Cyberjaya to KLCC - 3 Jam

Let's hit the road!!!!
24/10/08..Friday story. Hujan lebat sekitar Cyberjaya..apa lagi, jam 5 kereta ku sudah berada di jalan...First Stop, pick up anak2 kat Seri Kembangan...then cross the bukit jalil back road and hit Putrajaya - KL highway. Cuasa masih hujan. Keadaan traffic bergerak perlahan sebab ada kemalangan...hingga la di penghujung highway...Jalan Tun Razak. Jam 6 ptg, kenderaan masih bergerak tersangat perlahan. Tiba-tiba hampir 15 minit laluan ke KLCC tak bergerak-gerak.hmmm...macam macam la benda dok terbayang dlm kepala otak nie. Ada kemalangan la, Banjir la...hmm...tiba-tiba terpandang laluan ke bukit bintang. kosong jer...apa lagi..nak try la...Konon - konon terer. Padahal tak familiar langsung jln bukit bintang. Skali masuk..mak oii...Mula dari PAVILLION dah start Jem..tapi still gerak la..cuma terhegeh-hegeh. Mmg tawakal jer redah jalan. Hingga lah di persimpangan Jalan Sultan Ismail..Terus tak gerak-gerak...aku dah gubra. Nasib baik bekalan makanan & minuman unt anak2 kecik cukup. Tp sabar tahap maksima aku melayan kerenah anak2 ku yang kebosanan dlm car seater tu. Kesian anak2 ku....
Pengajaran untukku...jangan main api kalau tak der air. Menyesal masuk jalan bukit bintang. Dah la hari Jumaat, jam 6 ptg plk tu...dengan anak2 plak tu...adoi...berani tak kena tempat namanya tu. Sepanjang jalan aku doa & tawakal banyak2. Semoga perjalanan ku ini selamat & lancar. Alhamdulilah...akhirnya berjaya sampai ke KLCC jam 7 mlm...
Second Stop dah berjaya...Next stop ialah Ampang Jaya...mana-mana jalan semua jem. Rimas aku di buatnya..tp lega banyak sbb streng dah di ambil alih oleh suami ku...Next konon2 nak cari jln yg tak jem la...ikut la jalan Ampang Hilir..Mak oii...panjangnya beratur..tak gerak2 pulak tu. Then kita org U turn & masuk bulatan Pandan...hmm...better la....akhirnya jam 8:30 malam baru sampai rumah ibu mertuaku...di Ampang Jaya.
Kesimpulannya...JUMAAT kena balik awal.

Tuesday, October 21, 2008

Hari Penuh Dugaan

Hari demi hari ku tempuhi perjalanan hidupku dengan senyuman. Tapi kenapa hari ini ku rasa sangat pahit untuk ku menanggung. Bebanan kesakitan yang ku alamai sejak 2 minggu lalu sudah menjadi sebati...ku telan segala kesakitan di siku tangan kanan ku...Mungkin di sebabkan badanku dah tak larat menanggung kesakitan, membuat seluruh mood ku hari ini murung.

Dua malam berturut2 anak ku meragam. Nak di dukung saja..semalam kelam kabut aku di buatnya. Anak ku No 2 meragam nak dukung sambil menangis terjerit-jerit. Bila dah kecoh bangun pulak anakku yang no 3....kemudian si kakak pulak bangun sbb adik2 bising mengganggu tidornya...adus..keadan menjadi kelam kabut seketika..tetapi aku berjaya memulihkan keadaan dlm masa 10 minit.

Lepas semua anak anak ku kembali tidor, mula la tangan ku sengal, kemudian pinggang pulak sakit, dan tetiba leher pulak tersalah bantal.

Itu la kisah ku semalam yang perlu ku tanggung sendirian.