Thursday, November 20, 2008

Tips Percuma V2

Untuk di kongsi bersama....petikan dari adikbijak.com

Beberapa pendekatan yang boleh kita gunakan dalam mendisplinkan anak-anak seperti berikut:

  • Benarkan Anak Terokai Dunianya. Kanak-kanak mempunyai naluri semula jadi dalam megeksplorasi dunianya. Dia ingin memanjat, terjun, berlari, membaling, menyepak dan lain-lain. Melalui aktiviti ini mereka akan belajar di samping mempertingkatkan lagi skil motor dan koordinasinya. Menyekat keinginan mereka hanya akan merencatkan perkembangan anak-anak ini dan mungkin juga menimbulkan rasa memberontak di dalam jiwanya.

Suka saya cadangkan rakan-rakan untuk membenarkan mereka mengeksplorasi dunianya... tetapi dalam suasana yang terkawal dan selamat. Jika bayi anda ingin memanjat tangga, biarkan dia memanjat... tetapi ikut di belakangnya secara dekat. Jika anak ingin terjun... pastikan tempat mendaratnya berlapik dan selamat.

Adakalanya kemalangan kecil yang berlaku seperti terjatuh dan terluka memberikan pengajaran yang amat bernilai buat si kecil. Kan pepatah Melayu ada berkata "Tempat Jatuh Lagi Dikenang..."

  • Mempertanggungjawabkan Anak. Hukuman secara fizikal kerap menjadi pilihan kita dalam menghukum anak-anak. Ada banyak pro dan kontra tentangnya... dan tidak akan saya sentuh di sini. Tetapi persoalan yang ingin saya lontarkan kepada anda ialah, jika hukuman secara fizikal tidak lagi berkesan... adakah alternatif lain?

Ya ada... iaitu melalui pendekatan "sebab dan akibat". Melalui pendekatan ini anak-anak akan dipertanggungjawabkan atas kesilapan yang dilakukannya. Contohnya jika si anak telah melanggar arahan anda, sebagai akibat dia dihukum untuk tidak boleh menonton televisyen selama seminggu. Atau anda tidak lagi memberikan wang saku sekolah untuk seminggu dan digantikan dengan bekal yang disediakan oleh anda. Atau jika anak anda memecahkan sesuatu barang, maka wang sakunya akan dipotong sehingga cukup untuk menggantikan semula barang yang pecah tadi.

Dalam perlaksanaan kaedah ini, anda perlu lakukan dalam keadaan yang tenang dan terangkan apa kesalahannya dan akibat yang perlu diterimanya. Hukuman yang disampaikan dengan cara tenang (bukan dalam nada marah) akan memerikan impak yang cukup berkesan kerana anak anda sedar yang ibu atau ayahnya menghukum bukan kerana marah tetapi sebagai melaksana sesuatu yang perlu akbiat dari perbuatannya.

  • Tepati Janji dan Usah Suka Berjanji. Haaa... yang ini untuk anda pula. Kita sebagai ibu bapa adakalanya suka melontarkan janji-janji manis kepada anak-anak. Sering janji-janji ini dilakukan tanpa ikhlas kerana semata-mata untuk meredakan permintaan anak-anak terhadap sesuatu.

Usah Berjanji Jika Anda Tidak Merhasrat Untuk Menepatinya...!!!

Jiwa dan minda anak-anak adalah bersih dan lurus. Mereka belum faham erti berbohong atau janji palsu. Apa sahaja yang anda katakan akan mereka terima sebagai kata muktamad dan benar. Jadi bila anda gagal untuk melaksanakan apa yang anda katakan/janjikan maka usah terkejut jika perangai anak anda tiba-tiba berubah angin... dari tenang tiba-tiba menjadi ribut taufan. Jika ini berlaku jangan marahkan mereka... tetapi salahkan diri anda sendiri.

Berjanji itu boleh... tetapi pastikan anda dapat laksanakannya. Lebih elok jika anda berjanji sertakan sekali tarikh atau waktu bila anda akan laksankannya. Contohnya anda akan berkata, "Kalau Adik dapat nombor satu dalam periksa ni, Ummi akan bawa Adik pergi jalan-jalan ke Port Dikson masa cuti penggal nanti"

Janji kepada anak-anak perlu mempunyai maklumat yang lengkap agar si anak tidak tertanya-tanya bila dan apa yang akan dia terima nanti. Tanpa maklumat lengkap si anak akan terus-terusan merengek kepada anda menagih janji.

tips seterusnya akan bersambung di waktu yang lain......

Koew teow Hong Kong

Lunch hari nie kat Restoran Hassan, Cyberjaya. Perut mcm tak selera sangat nak makan..tapi nak kena makan jugak...takut tak der energy nak kerja plak kang. So, Menu pertama, Nasi beriani Bukhara...mcm menarik..tapi rega minimum RM9++...Mahal plak. Kang jamahnya cipot jer. Then nasi berlauk...hmm...mcm bosan jer. Then duduk kat meja mintak menu. Hmm...mcm nak try Koew teaw Hong Kong jer...ok la mamak..bagi saya koew teow Hong Kong satuu. Then mamak tu ckp, Koew Teaw kong kong...Terkejut den. Dua kali suh suruh dia repeat. At last baru perasan dia mcm sengau sket...ok la..
Then...semua org punya makanan dah sampai..den punya jer belum kunjung tiba. Al Maklum la...Hong kong malee...at last dah sampai..yummy. Something new for me. Koew teow tu di goreng kosong dengan telur, then luar dia tu ada kuah2 pekat bersama sayur + ayam (mcm lakna) . Macam sedap. but then...skali ku hiruk kuahnya, mak oii...masin tuuu...ku gagahkan menyuap koew teaw plak...huh...mcm hanyir la plak koew teaw tu, sbb di saluti ngan telor.

Akhirnya ku gagal menelan untuk suapan seterusnya. Apa lagi..dgn nada dan senyuman ala-ala dina tu, mintak mamak tu tukar baru sebab masin sangat..hehehhe...Berjaya dapat tukar yang baru tapi tak nak koew Teow Hong Kong daa....Tak rela.. Dapat la tukar dengan Koew Teow Goreng Biasa. ahahahhaaa...alhamdulilah..kenyang perutku akhirnya.

Tips Percuma

Anak adalah permata hati & pengubat kepada ibubapa. Untuk menjadi ibubapa yang bertanggungjawab, bukan la mudah, besar dugaannya. Tetapi hakikatnya ibu bapa akan berhadapan dengan pelbagai ragam dan cabaran. Kesabaran perlu ada pada setiap ibubapa.

Ibubapa memerlukan kemahiran dan pengalaman. Ibu bapa yang tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman bakal menyumbang kepada salah didikan dan keruntuhan akhlak anak-anak. Adalah amat berbahaya sekiranya ibu bapa cuba menyelesaikan permasalahan anak-anak hanya melalui "cuba-cuba" atau ikut rasa kerana anak-anak bukan bahan ujikaji.

Jadi bagaimana dan apa jalan terbaik unt kita selesaikan masalah yang membelenggu diri kita sebagai ibubapa?? Salah satu caranya ialah dengan membaca artical dari website & membaca buku yang berkaitan. Di sini saya ingin berkongsi beberapa koleksi buku yang mungkin dapat membantu saya & ibupada lain. Buku ini adalah sekelumit bantuan dan pedoman buat kita.


Buku yang mesti dimiliki oleh setiap ibu bapa.

Tuesday, November 18, 2008

Ikhwan Al-Hadee



Ikhwan Al-Hadee di lahirkan di Hospital Ampang. Boleh di katakan baby paling survival la. Lahir on the Dot of due date. Seorang yang pemurah senyuman (Ada lesung pipit kanan & kiri lagi...)..klu ketawa tu..Ya Allah...hilang terus penat mama...Pengubat hati dan penyeri mama...
Umur 3 bulan dengan berat hampir 8 kg...jeng..jeng..jeng...doktor pun terkejut. Ni dah masuk graf OBESITI...ahahhhahaa...Di sebabkan anak mama nie menyusu badan sepenuhnya...so..Doktor tak dapat Komen. Doktor cakap normally breastfeed baby tak la sampai OBES..tp yg sorang nie lain plak..May be Mama Ikhwan yang makan byk..so setiap titisan air susu tu penuh khasiat. Ahaks.. Semoga anak mama nie sihat & gembira.
Ikhwan skrg dah pandai menyembur....maka bermula la sessi keguguran rambut mama. Kalau dalam kereta, Ikhwan di kerusi depan, Abang Ngah & Kak Long di kerusi belakang..maka bermula la adegan jerit menjerit (Baby Talk la kot...)...Hari-hari la mama migrain sbb riuh rendah dlm kereta tu...tak per la..asalkan anak2 mama semua gembira.

Wednesday, November 5, 2008

Irdina Al Hadee

Irdina Al Hadee...anak pertama dari 3 beradik, di lahirkan di Hospital Naluri, Wangsamaju. Pada 080805. Seorang anak yang suka senyum, petah bercakap, aktif dan montel. Suka menyanyi & dengar orang bercerita.
Irdina nie pantang jumpa sikat, siap la siapa yang paling dekat jadik mangsanya. Slalunya abah la mangsa keadaan. Suka make over abahnya, taruk bedak la, losyen la, minyak rambut la..lipstik laabis la make up mama dia jadik mangsa...Tapi kalau dia make over diri sendiri...mak oii...tengok sendiri la kat gambar nie.
Anak mama nie semua pandai la. Menyanyi, bercerita, make up, bersukan....Next year mama hantar sekolah tadika islam yer..moga-moga pandai & boleh jadi tahfis. Amin...